Welcome
Welcome everyone to PUSNA official blog! :)
About PUSNA
- P.U.S.N.A
- PICOMS Student Nurse Association
Blog Archive
Followers
Sembang-sembang
Powered by Blogger.
Happy Teacher's Day untuk semua tenaga pengajar Kolej Sains Perubatan Antarabangsa PUSRAWI!
Bersempena dengan Nurses Day dan Teacher's Day, PUSNA telah mengajurkan dedication khas untuk meraikan tarikh istimewa tersebut. Alhamdulillah,sokongan dari para pelajar amat menggalakkan. Tidak menang tangan AJK PUSNA untuk memenuhi tempahan yang dibuat. Terima kasih untuk para pelajar yang telah menyokong.
Diharap semua pihak berpuas hati dengan apa yang telah kami berikan. Inysaallah, jika ada kelapangan, kami dari pihak PUSNA akan mengadakan lagi aktiviti seperti ini.
Ucapan penghargaan juga diberikan kepada AJK PUSNA yang telah terlibat menguruskan dedikasi istimewa ini bermula dengan promosi, pembelian barang, pembungkusan dan khidmat penghantaran :) Anda semua telah bertungkus lumus walau sibuk dengan tugasan sebagai pelajar PICOMS. Syabas dan tahniah.
Dan untuk para tenaga pengajar PICOMS, baik pensyarah mahupun Clinical Instructors, SELAMAT HARI GURU sekali lagi. Anda yang terbaik, dan pengorbanan anda dalam memberikan ilmu seikhlasnya dalam memastikan kami berjaya, hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kepada para pelajar, hargailah guru, kerana mereka sumber ilmu, dan tanpa mereka, siapalah kita. Terima kasih guru!
PUSNA mengucapkan tahniah untuk pelajar-pelajar PICOMS yang telah berjaya terlibat dalam Program Seminar Kesihatan Remaja anjuran bersama Bank Rakyat pada 7 dan 8 Mei 2011. Apa yang baik, akan dipelajari dan dijadikan pengalaman yang berguna untuk masa hadapan :) Tahniah juga kepada Bunyamin (presiden PUSNA) selaku pengarah projek program tersebut :)
Sampaikan ucapan beserta hadiah pilihan anda kepada rakan, mentor, pensyarah dan clinical instructor sempena Nurses Day yang bakal menjelang! Anda pilih, dan kami dari PUSNA akan sampaikan terus kepada mereka yang bertuah tersebut! Semoga Nurses Day nanti akan lebih meriah dengan kiriman ikhlas dari anda buat mereka yang dekat di hati ! :)
Subscribe to:
Posts (Atom)